Koleksi Digital / Pendakwaan

Sebuah syarikat dan seorang Pengarah Syarikat di Batu Pahat telah didakwa bagi kesalahan gagal mengemukakan pemberitahuan bertulis bagi pemasangan 10 unit relau pembakaran bagi aktiviti pirolisis tayar terpakai sebagaimana yang diperuntukkan dibawah Peraturan 5(1)(c), Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014 pada 29/9/2025 di Mahkamah Sesyen Batu Pahat, Johor. Kedua-dua tertuduh iaitu Syarikat dan Pengarah Syarikat tersebut telah membuat pengakuan bersalah dan telah disabitkan kesalahan dengan denda masing-masing sebanyak RM 35,000 yang menjadikan jumlah denda sebanyak RM 70,000 oleh Tuan Hakim Osman Affendi bin Mohd Shalleh. Pihak industri adalah diingatkan untuk memastikan pematuhan ke atas Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya tanpa gagal. Kegagalan pematuhan boleh menyebabkan tindakan pendakwaan dikenakan ke atas syarikat dan pengarah syarikat.

Oleh nasir.ibrahim · 01/10/2025 · 10 paparan

Kata kunci
JAS JOHOR
Fail / Media (2)
  • 20250110145128641.jpg .jpg Buka
  • 20250110145132839.jpg .jpg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS