- Tajuk
- BENGKEL PENYEDIAAN DOKUMEN ANUGERAH SEKOLAH MAMPAN KUALA LUMPUR
- Tahun
- 2025
- Organisasi
- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
- Lokasi
- Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
- Diskripsi
- KUALA LUMPUR, 22 SEPTEMBER 2025 – Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JASWPKL) telah dijemput bagi menyampaikan taklimat berkenaan sistem Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar (MySLAAS) sempena dengan Bengkel Penyediaan Dokumen Anugerah Sekolah Mampan Kuala Lumpur di bawah Projek Sekolah Mampan Local Agenda 21 Kuala Lumpur (LA21KL), bertempat di Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Taklimat secara hands-on sistem MySLAAS disampaikan oleh pegawai JAS WPKL, di mana para peserta diberi peluang menggunakan sistem MySLAAS secara terus melalui komputer riba masing-masing, bagi membiasakan diri dengan fungsi dan keperluan dokumentasi digital yang diperlukan.
Pihak JASWPKL merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Jawatankuasa LA21KL dan semua peserta atas komitmen menjayakan program ini. Semoga kerjasama erat antara agensi dan institusi pendidikan ini dapat terus menyuburkan budaya lestari dalam kalangan warga sekolah di Kuala Lumpur.
#nres
#jabatanalamsekitar
#jaswpkl
#alamsekitartanggungjawabbersama
#SLAAS2025/2026