PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Sambutan Utama JAS / Hari Ozon Sedunia

SAMBUTAN HARI OZON SEDUNIA 2025 PERINGKAT NEGERI MELAKA ANJURAN JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI MELAKA DENGAN KERJASAMA RAKAN STRATEGIK

JAS MELAKA 01/10/2025 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SAMBUTAN HARI OZON SEDUNIA 2025 PERINGKAT NEGERI MELAKA ANJURAN JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI MELAKA DENGAN KERJASAMA RAKAN STRATEGIK
Tahun
2025
Organisasi
JAS MELAKA

Penerangan

29 SEPTEMBER 2025, MELAKA - Sambutan Hari Ozon Sedunia 2025 Peringkat Negeri Melaka anjuran Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka dengan kerjasama rakan strategik, Linggi Base Sdn.Bhd., Jabatan Perhilitan Negeri Melaka, Jabatan Perhutanan Negeri Melaka dan Kelab Sukan dan Kebajikan (KESMA) Negeri Melaka telah berjaya diadakan pada 26-27 September 2025 bertempat di Pusat Pendidikan Biodiversiti, Tanjung Tuan, Melaka. Pelbagai aktiviti diadakan bersama peserta yang terdiri daripada kakitangan Linggi Base Sdn Bhd, fasilitator daripada Jabatan Perhilitan Negeri Melaka dan tidak lupa juga urusetia dan peserta JAS Negeri Melaka. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah seperti Taklimat Penipisan Lapisan Ozon, Perundangan dan Perlaksanaan Protokol Montreal yang disampaikan oleh Ts. Mohd Azry Hanif bin Kamar, Pegawai Kawalan Kanan JAS Negeri Melaka, kutipan sampah sambil beriadah (KUDAH) dipersisiran pantai Tanjung Tuan, penanaman lima (5) pokok bakau di lokasi program, lawatan ke muzium mini di Pusat Pendidikan Biodiversiti, Tanjung Tuan, pemasangan khemah, pendakian ke Bukit Batu Putih dan permainan yang bermotifkan kesedaran alam sekitar. Dalam pada itu, sesi penyerahan plaque rakan alam sekitar (RAS) kepada Rakan Strategik juga turut diadakan. Jabatan ini juga mengalu-alukan kepada semua pihak yang mendokong usaha memulihara alam sekitar untuk berkolabrasi dengan JAS dalam aktiviti melibatkan rakan alam sekitar (RAS). #jabatanalamsekitar #alamsekitartanggungjawabbersama #jasnegerimelaka