Penerangan
30 September 2025, MELAKA - Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka telah turut serta menjadi pempamer dalam Program SHE X HR Day 2025 pada 25 September 2025 bertempat di Deftech Aviation Sdn Bhd, Melaka sempena aktiviti Sambutan Hari Ozon Sedunia yang bertemakan “From Science to Global Action” peringkat negeri Melaka bagi Tahun 2025.
Antara aktiviti menarik yang dilaksanakan adalah taklimat berkaitan pengurusan sisa buangan elektrik dan elektronik (household e-waste) di rumah, larangan pembakaran terbuka dan fungsi-fungsi penguatkuasaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang disampaikan oleh Unit Pendidikan dan Pengawasan, JAS Negeri Melaka. Selain itu, poster larangan pembakaran terbuka dan pengurusan sisa buangan elektrik dan elektronik (household e-waste) turut diserahkan kepada pihak sekolah. Selain itu, kuiz alam sekitar juga diadakan bagi menarik minat pengunjung dalam program berkenaan.
#KementerianSumberAsliDanKelestarianAlam
#JabatanAlamSekitar
#jasnegerimelaka
#AlamSekitarTanggungjawabBersama