PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

OPS GERAK KENDERAAN BERMOTOR BERSAMA AGENSI PENGUATKUASAAN NEGERI MELAKA

nursyuhada 01/10/2025 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPS GERAK KENDERAAN BERMOTOR BERSAMA AGENSI PENGUATKUASAAN NEGERI MELAKA
Tahun
2025
Organisasi
JAS MELAKA
Lokasi
MELAKA

Penerangan

24 September 2025, TOL SIMPANG AMPAT ALOR GAJAH, MELAKA- Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka telah menjalankan Ops Gerak dengan kerjasama, JABATAN PENGANGKUTAN JALAN DAN PLUS bertempat di TOL SIMPANG AMPAT, ALOR GAJAH MELAKA. Operasi ini melibatkan seramai 5 anggota daripada UNIT KENDERAAN BERMOTOR JAS MELAKA yang telah menjalankan penguatkuasaan bagi pematuhan pelepasan asap dari kenderaan diesel. Sebanyak Lima Puluh (50) kenderaan telah diperiksa dan diuji. Daripada jumlah tersebut, sebanyak empat (4) tawaran kompaun, satu (1) Perintah larangan dan empat (4) notis arahan di bawah Seksyen 48A, AKAS telah dikeluarkan. Orang ramai diminta untuk membantu Jabatan Alam Sekitar dengan melaporkan sebarang aktiviti yang mencemarkan alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727 atau email ke [email protected] dan melalui portal e-aduan JAS di https://eaduan.doe.gov.my. . #KementerianSumberAslidanKelestarianAlam #jabatanalamsekitar #alamsekitartanggungjawabbersama #jasnegerimelaka

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan