PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti,Program Kesedaran

JAS NEGERI MELAKA TURUT SERTA DALAM MINGGU STEM SMK DURIAN TUNGGAL, MELAKA

nursyuhada 01/10/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
JAS NEGERI MELAKA TURUT SERTA DALAM MINGGU STEM SMK DURIAN TUNGGAL, MELAKA
Tahun
2025
Organisasi
SMK DURIAN TUNGGAL
Lokasi
MELAKA

Penerangan

30 September 2025, MELAKA - Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka telah turut serta menjadi pempamer dalam Minggu STEM pada 24 September 2025 bertempat di SMK Durian Tunggal, Melaka sempena aktiviti Sambutan Hari Ozon Sedunia yang bertemakan “From Science to Global Action” peringkat negeri Melaka bagi Tahun 2025. Antara aktiviti menarik yang dilaksanakan adalah taklimat berkaitan pengurusan sisa buangan elektrik dan elektronik (household e-waste) di rumah, larangan pembakaran terbuka dan fungsi-fungsi penguatkuasaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang disampaikan oleh Unit Pendidikan dan Pengawasan, JAS Negeri Melaka. Turut disampaikan adalah taklimat berkaitan pengurusan penggunaan bahan-bahan refrigerant oleh Unit Kenderaan Bermotor (UKB) JAS Negeri Melaka. Selain itu, poster larangan pembakaran terbuka dan pengurusan sisa buangan elektrik dan elektronik (household e-waste) turut diserahkan kepada pihak sekolah. #KementerianSumberAsliDanKelestarianAlam #JabatanAlamSekitar #jasnegerimelaka #AlamSekitarTanggungjawabBersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan