Penerangan
8 September 2025- satu mesyuarat jawatankuasa induk HASN 2025 telah diadakan di Pejabat Daerah dan Tanah Bagan datuk yang melibatkan pelbagai agensi kerajaan. Majlis Pelancaran Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) Tahun 2025 Peringkat Negeri Perak pada 15 November 2025 (Sabtu) bertempat di Dewan Dato’ Lope Hashim, Bagan Datuk yang akan dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.