W.P. LABUAN, 27 September 2025 - Pasukan penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Labuan (JASWPL) menjalankan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT), memantau punca-punca pencemaran alam sekitar yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974. Rondaan dilaksanakan di kawasan Industri berat, sederhana dan kecil, Jeti pelabuhan dan pendaratan kapal, Alur alir, Taman Perumahan, Kampung-Kampung dan Pantai.
Hasil pemantauan dan rondaan OMPT, terdapat penemuan pembakaran terbuka ditemui di kawasan kampung. Pelaku telah diberi teguran untuk tidak melakukan pembakaran terbuka dan diberi arahan untuk padam serta merta. Pemplat Larangan Pembakaran Terbuka juga diberi kepada pelaku sebagai tindakan kesedaran.
Pemantauan di kawasan industri di sekitar WPL turut dilakukan pada hujung minggu bagi mengesan potensi berlakunya pencemaran. Hasil dari rondaan dan pemantauan ini tiada kes-kes pencemaran atau aktiviti mencurigakan dikesan di kawasan tersebut.
Rondaan juga diteruskan ke kawasan pantai, sungai dan paya bakau bagi mengesan jika terdapat kehadiran kesan-kesan pencemaran seperti Tar Ball, Oil Sheen dan lain-lain pencemaran. Hasil rondaan mendapati tiada kesan pencemaran dan aktiviti yang mencurigakan ditemui.
Kesalahan pembakaran terbuka boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 29A, AKAS, 1974 dan sekiranya sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang daripada dua puluh lima ribu ringgit (RM25,000.00) dan tidak melebihi satu juta ringgit (RM 1 juta) atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima (5) tahun atau kedua-duanya sekali dan denda tambahan tidak melebihi lima ribu ringgit (RM 5,000.00) bagi tiap-tiap hari kesalahan itu dilakukan selepas satu notis diserahkan atau boleh dikenakan kompaun dengan satu jumlah wang tidak melebihi lima puluh peratus (50%) daripada denda maksimum.
Orang ramai juga boleh membuat sebarang aduan berkaitan kes-kes pencemaran alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke
[email protected] atau ke portal aduan https://eaduan.doe.gov.my.
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jaswplabuan
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jaswplabuan_September_2025