Penerangan
27 September 2025 | Hutan Bandar Mutiara Rini
Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor turut serta memeriahkan Sambutan Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia 2025 Peringkat Jabatan Kesihatan Negeri Johor melalui reruai pameran yang mengetengahkan maklumat berkaitan pengawasan kualiti udara.
Pengunjung berpeluang melihat demonstrasi penggunaan Portable Multi-Gas Shepherd FTIR Analyzer yang berfungsi dalam memantau kualiti udara terutamanya bagi parameter VOCs selaras dengan tema program iaitu Pelancaran Inisiatif Kesihatan Paru-paru.
Menariknya, program kali ini juga menekankan konsep Rendah Karbon dengan menjadikan lokasi sambutan sebagai ‘Zon Udara Bersih’, seiring usaha bersama ke arah persekitaran yang sihat dan lestari.