Penerangan
24 September 2025, Gemas - Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan dengan kerjasama Majlis Daerah Tampin dan Rakan Strategik Lak Macros Services Sdn Bhd telah menganjurkan Program Pengumpulan Buangan Elektrik dan Elektronik Isi Rumah (Household E-Waste) Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2025 yang bertempat di Dataran Gemas, Negeri Sembilan. Program ini bermula pada jam 9.30 pagi sehingga 12.00 tengahari telah mendapat sambutan yang amat baik daripada masyarakat setempat. Program ini merupakan salah satu inisiatif yang diwujudkan bagi menggalak dan membantu masyarakat awam untuk menguruskan sisa elektrik dan elektronik secara lestari dan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan kitar semula. JAS Negeri Sembilan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program berbentuk kesedaran alam sekitar dan menyokong usaha pelbagai pihak dalam menjalankan program pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
"E-WASTE DIKITAR, BUMI TERPELIHARA"