PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti,Program Kesedaran

CERAMAH DAN PAMERAN KESEDARAN SEMPENA MINGGU KESELAMATAN DAN ALAM SEKITAR DI HEVEABOARD BERHAD, GEMAS

nisah 25/09/2025 2 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
CERAMAH DAN PAMERAN KESEDARAN SEMPENA MINGGU KESELAMATAN DAN ALAM SEKITAR DI HEVEABOARD BERHAD, GEMAS
Tahun
2025
Lokasi
GEMAS

Penerangan

23 September 2025, Gemas – Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan (JASNS) melalui Unit Kesedaran telah di jemput untuk mengadakan ceramah bertempat di Heveaboard Berhad, Gemas, Negeri Sembilan sempena Minggu Keselamatan dan Alam Sekitar. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Encik Mohamad Mukmin bin Rusli selaku Pegawai Kawalan JASNS, yang membincangkan topik Kesedaran Alam Sekitar dan Pengurusan E-waste. Turut diadakan ialah kuiz interaktif serta pameran berkaitan alam sekitar. Program ini telah mendapat sambutan daripada kakitangan Heveaboard Berhad serta penyertaan agensi kerajaan lain seperti Department of Safety and Health (DOSH) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Melalui penganjuran program ini, diharapkan para peserta dapat mengaplikasikan ilmu yang diperoleh dalam amalan seharian di tempat kerja mahupun di rumah, sekali gus menyokong usaha JAS dalam melestarikan alam sekitar untuk generasi akan datang.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan