PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti,Program Kesedaran

CERAMAH DAN PAMERAN SEMPENA HARI OZON DAN PROGRAM MINGGU KESELAMATAN KESIHATAN DAN ALAM SEKITAR DI NEGERI ROADSTONE SDN BHD

nisah 23/09/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
CERAMAH DAN PAMERAN SEMPENA HARI OZON DAN PROGRAM MINGGU KESELAMATAN KESIHATAN DAN ALAM SEKITAR DI NEGERI ROADSTONE SDN BHD
Tahun
2025
Lokasi
Nilai

Penerangan

11 September 2025, Nilai - Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan (JASNS) melalui Unit Kesedaran telah melaksanakan ceramah yang telah disampaikan oleh Encik Mohamad Mukkmin bin Rusli selaku Pegawai Kawalan JASNS berkaitan Kesedaran Alam Sekitar dan Pengurusan E-waste, kuiz dan pameran sempena Hari Ozon Sedunia dan Minggu Keselamatan Kesihatan dan Alam Sekitar yang bertempat di Negeri Roadstone Sdn Bhd yang bertempat di Nilai Negeri Sembilan. Program ini telah dihadiri oleh kakitangan Negeri Roadstone Sdn Bhd sempena minggu tersebut. Program ini diadakan bertujuan untuk memberi kesedaran kepada kakitangan syarikat tentang kepentingan penjagaan alam sekitar serta pengurusan buangan elektrik dan elektronik (e-waste) secara mesra alam. Melalui penganjuran program ini, diharapkan para peserta dapat mengaplikasikan ilmu yang diperoleh dalam amalan seharian di tempat kerja mahupun di rumah, sekali gus menyokong usaha JAS dalam melestarikan alam sekitar untuk generasi akan datang.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan