Oleh normuhamad · 23/09/2025 · 0 paparan
21 September 2025, Shah Alam – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Ozon Sedunia dan Pra-Pelancaran Hari Alam Sekitar Negara 2025 Peringkat Negeri Selangor di Taman Botani Negara Shah Alam. Majlis telah disempurnakan oleh YB. Tuan Danial Al-Rashid Bin Haron Aminar Rashid, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga diiringi oleh YBrs. Tuan Haji Wandi Yadzid Bin Haji Yaakob, Pengarah, JAS Negeri Selangor dan YBrs. Puan Rafeah Khafidah Binti Kamarudin, Pengarah, Taman Botani Negara Shah Alam serta YBrs. Puan Fenny Wong Nyuk Yin, Timbalan Pengarah (Pembangunan), JAS Negeri Selangor. Seramai 200 peserta yang terdiri daripada pegawai-pegawai JAS Negeri Selangor, Taman Botani Negara Shah Alam, Rakan Strategik Alam Sekitar, Rakan Alam Sekitar dan orang awam telah memeriahkan majlis sambutan ini. Majlis diisi dengan pelbagai aktiviti seperti senamrobik, Walk For Ozone, Ceramah Kesedaran Kepentingan Perlindungan Lapisan Ozon oleh Bahagian Udara, Jabatan Alam Sekitar Ibu pejabat, Kuiz Perlindungan Lapisan Ozon dan Kesedaran Alam Sekitar, Pengujian Asap Kenderaan Secara Percuma, Perkhidmatan Semakan Status Pendaftaran Kenderaan/ Tinted dan lain-lain, Program Pengumpulan Buangan Peralatan Elektrik dan Elektronik (E-Waste) dan Reruai oleh agensi-agensi Kerajaan dan pihak swasta. Usaha kolaboratif dan kebersamaan semua pihak dalam menjayakan program kesedaran alam sekitar diharap dapat membangkitkan penghayatan dan semangat cintakan alam sekitar serta membudayakan amalan kehidupan yang lestari dan mesra alam. Marilah kita memikul tanggungjawab menjaga alam sekitar untuk generasi kini dan akan datang. Selamat Hari Ozon Sedunia!! From Science to Global Action.
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup