PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti,Program Penguatkuasaan

OPERASI GEMPUR BERSEPADU ZON TENGAH JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SEMBILAN TAHUN 2025

nursyadah 23/09/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPERASI GEMPUR BERSEPADU ZON TENGAH JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SEMBILAN TAHUN 2025
Tahun
2025
Organisasi
JAS Negeri Sembilan
Lokasi
Seremban

Penerangan

10 September 2025, Seremban – Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan (JASNS) telah melaksanakan Operasi Gempur Bersepadu Zon Tengah bertempat di Kawasan Perindustrian Nilai. Operasi ini juga melibatkan kerjasama strategik bersama pasukan JAS W.P. Kuala Lumpur dan pasukan JAS Selangor. Sebanyak lima (5) premis industri telah diperiksa di dalam operasi ini, yang melibatkan lima (5) pasukan pegawai penguatkuasa dengan kekuatan seramai 16 anggota pegawai JAS. Operasi ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan JAS dalam memperkukuh pematuhan undang-undang berkaitan alam sekitar serta memastikan pengurusan sisa dan pelepasan efluen oleh industri dijalankan secara bertanggungjawab dan lestari. Sementara itu, satu (1) sesi flag off telah diadakan sebagai simbolik pelancaran operasi, yang disempurnakan oleh Pengarah JAS Negeri Sembilan, Encik Abdul Aziz bin Parmin. Suasana penuh semangat itu turut disertai dengan taklimat ringkas mengenai tugasan dan pembahagian pasukan sebelum mereka bergerak ke premis sasaran.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan