PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

SIASATAN ADUAN IKAN MATI DI SUNGAI BEKOK, YONG PENG

nasir.ibrahim 23/09/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SIASATAN ADUAN IKAN MATI DI SUNGAI BEKOK, YONG PENG
Tahun
2025
Organisasi
JAS JOHOR
Lokasi
BATU PAHAT

Penerangan

22 SEPTEMBER 2025, BATU PAHAT - Pasukan Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Cawangan Batu Pahat telah menjalankan siasatan aduan ikan mati di Sungai Bekok bagi mengenalpasti punca kejadian tersebut. Pegawai penyiasat telah menyusuri sungai bermula dari Sungai Temehel ke arah hulu Sungai Bekok dan mendapati aduan adalah berasas. Dengan bantuan orang awam, pasukan menemui satu alur air berwarna hitam serta berbau busuk yang disyaki punca pencemaran Sungai Bekok. Hasil siasatan mendapati ianya dari tapak penyimpanan tahi ayam di sebuah ladang ternakan yang tidak dikawalselia dengan baik sehingga menyebabkan kacau ganggu awam dan mencemari air sungai. Surat pemakluman telah dipanjangkan kepada agensi yang berkaitan bagi menangani isu tersebut. Aktiviti ternakan tidak dikuatkuasa di bawah AKAS 1974.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan