PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Kesedaran

PROGRAM PENANAMAN POKOK BAKAU BERSAMA RAKAN ALAM SEKITAR (RAS) SEMPENA SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR OZON SEDUNIA PERINGKAT NEGERI JOHOR TAHUN 2025

nasir.ibrahim 23/09/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM PENANAMAN POKOK BAKAU BERSAMA RAKAN ALAM SEKITAR (RAS) SEMPENA SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR OZON SEDUNIA PERINGKAT NEGERI JOHOR TAHUN 2025
Tahun
2025
Organisasi
Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor
Lokasi
Tanjung Piai, Johor

Penerangan

18 September 2025, Tanjung Piai, Johor – Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor telah menjalankan Program Penanaman Pokok Bakau dengan kerjasama Taman Negara Johor Tanjung Piai bersempena dengan Sambutan Hari Ozon Sedunia. Program ini turut disertai oleh Rakan Alam Sekitar (RAS) kluster agensi dan industri. Tiga aktiviti telah dijalankan iaitu semaian anak pokok bakau, kutipan sampah yang hanyut dan terperangkap di kawasan bakau terutama plastik dan aktiviti utama adalah menanam anak pokok bakau. Sebanyak 113 anak pokok bakau telah berjaya ditanam dan disemai melalui program ini. Program ini merupakan salah satu usaha bersama bagi memelihara dan memulihara kawasan paya bakau untuk meningkatkan biodiversiti ekosistem marin disamping meningkatkan kesedaran kepada generasi muda tentang kepentingan kawasan paya bakau sebagai benteng ancaman hakisan arus ombak yang kuat.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan