W.P. LABUAN, 20 September 2025 - Pasukan penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Labuan (JASWPL) menjalankan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT), memantau punca-punca pencemaran alam sekitar yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974. Rondaan dilaksanakan di kawasan Badan-badan Air, Taman Perumahan, Kampung-Kampung dan Pesisir Pantai WP Labuan.
Hasil pemantauan dan rondaan OMPT, tiada aktiviti pembakaran terbuka ditemui. Pemantauan di kawasan industri di sekitar
WPL turut dilakukan pada hujung minggu bagi mengesan potensi berlakunya pencemaran. Hasil dari rondaan dan pemantauan ini tiada kes-kes pencemaran atau aktiviti mencurigakan dikesan di kawasan tersebut.
JAS WP Labuan juga turut mengagihkan risalah larangan pembakaran terbuka sebagai amaran dan peringatan kepada orang awam untuk menghentikan aktiviti pembakaran terbuka di kawasan-kawasan tersebut.
Kesalahan pembakaran terbuka boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 29A, AKAS, 1974 dan sekiranya sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang daripada dua puluh lima ribu ringgit (RM25,000.00) dan tidak melebihi satu juta ringgit (RM 1 juta) atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima (5) tahun atau kedua-duanya sekali dan denda tambahan tidak melebihi lima ribu ringgit (RM 5,000.00) bagi tiap-tiap hari kesalahan itu dilakukan selepas satu notis diserahkan atau boleh dikenakan kompaun dengan satu jumlah wang tidak melebihi lima puluh peratus (50%) daripada denda maksimum.
Orang ramai juga boleh membuat sebarang aduan berkaitan kes-kes pencemaran alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke
[email protected] atau ke portal aduan https://eaduan.doe.gov.my.
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jaswplabuan
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jaswplabuan_September_2025