Penerangan
9 September 2025, Seremban – Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan (JASNS) telah menerima kunjungan hormat daripada PETRONAS Kuala Lumpur. Antara perkara yg dibincangkan dalam kunjungan hormat ini adalah pihak PETRONAS memperkenalkan satu inisiatif yang dilaksanakan oleh PETRONAS, iaitu prosedur pengurusan sisa berjadual tambahan untuk operasi di Malaysia.
Prosedur ini diwujudkan untuk memberikan penjelasan mengenai pembungkusan yang disyorkan bagi jenis-jenis buangan terjadual (SW) terpilih, pengurusan SW di kawasan transit, pengurusan inventori SW dan penggunaan semula bekas untuk menyimpan SW. Ia akan digunakan sebagai rujukan bagi pendekatan yang konsisten dan praktikal yang memenuhi keperluan PETRONAS serta keperluan peraturan dan amalan terbaik industri.