Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PROGRAM PENGAWASAN AIR BAWAH TANAH BIL 3/2025 JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SEMBILAN
- Tahun
- 2025
- Organisasi
- JAS Negeri Sembilan
- Lokasi
- Seremban
- Diskripsi
- 2 September 2025, Seremban – Unit Pengawasan Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan (JASNS) telah menjalankan Program Pengawasan Air Bawah Tanah bil 3/2025 di empat (4) buah Stesen Pemantau Air Tanah yang terletak di Tapak Pelupusan Sampah Cypark, Senawang Edible Oil dan terdapat dua (2) stesen di Kualiti Alam, Sendayan.
Program pengawasan ini merupakan program berkala yang diadakan pada setiap empat (4) bulan sepanjang tahun. Dua (2) kaedah yang digunakan dalam pelaksanaan program ini iaitu kaedah in-situ di mana sampel air di ambil menggunakan peralatan YSI Multi Parameter Water Quality Probe dan juga kaedah secara ujian analisa makmal yang dijalankan di makmal Jabatan Kimia Malaysia. Tujuan utama program pengawasan ini adalah untuk memantau dan menilai kualiti air secara berkala sepanjang tahun. Ia bertujuan memastikan sumber air berada dalam keadaan terkawal serta mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh pihak berkuasa, selain mengesan sebarang potensi pencemaran yang boleh menjejaskan alam sekitar dan kesihatan awam.