PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Bengkel,Kursus

SEMINAR PEMATUHAN AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974 ANJURAN JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI MELAKA DENGAN KERJASAMA KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN (KESMA)

nursyuhada 17/09/2025 15 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SEMINAR PEMATUHAN AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974 ANJURAN JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI MELAKA DENGAN KERJASAMA KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN (KESMA)
Tahun
2025
Organisasi
JAS MELAKA
Lokasi
MELAKA

Penerangan

11 SEPTEMBER 2025, MITC MELAKA – Satu (1) seminar pematuhan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 sempena sambutan Hari Ozon Sedunia peringkat negeri Melaka tahun 2025 bertemakan “From Science to Global Action” telah berjaya dilaksanakan pada 9 September 2025 yang lalu bertempat di Hotel Ames, MITC, Melaka. Penyertaan seramai 177 peserta terdiri daripada pelbagai industri di sekitar negeri Melaka dan negeri-negeri lain. Antara pembentangan yang dibentangkan semasa seminar ini adalah Pemahaman Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009 oleh Puan Mazriah Ayu binti Abu Bakar, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Air dan Marin, JAS Putrajaya, Pelaksanaan penambahbaikan prosedur EIA di Malaysia oleh Puan Hazrina binti Salleh, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Penilaian, JAS Putrajaya, Pematuhan EIA - Kesalahan-kesalahan yang sering dilakukan dan tindakan yang boleh dikenakan oleh Jabatan Alam Sekitar oleh Encik Nor Azlee bin Kasmin, Penolong Pegawai Kawalan Tertinggi, JAS Negeri Melaka, Pemahaman kepada Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014 oleh Dr. Ts. ChM Anuar bin Ishak, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Udara, JAS Putrajaya dan Orang Yang Berwibawa - Prosedur dan Keberkesanan Peranan oleh Tuan Mohd Suhaimi bin Azmi, Timbalan Pengarah, JAS Negeri Melaka. Diharapkan pihak industri sentiasa peka terhadap akta ini dan menjaga kelestarian alam sekitar. #JabatanAlamSekitar #KementerianSumberAsliDanKelestarianAlam #AlamSekitarTanggungjawabBersama #KESMA2025

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan