Penerangan
11 SEPTEMBER 2025, MITC MELAKA – Satu (1) bengkel berkenaan penggunaan sistem e-SWIS V2.0 (Siri 2) sempena sambutan Hari Ozon Sedunia peringkat negeri Melaka tahun 2025 bertemakan “From Science to Global Action” telah berjaya dilaksanakan pada 9 September 2025 yang lalu bertempat di Hotel Ames, MITC, Melaka. Penyertaan seramai 205 peserta terdiri daripada pelbagai industri di sekitar negeri Melaka dan negeri-negeri lain.
Antara pembentangan yang dibentangkan semasa bengkel ini adalah Pemahaman Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 oleh Puan Siti Shamsinar binti Annuar, Pegawai Kawalan Kanan, JAS Negeri Melaka. Selain itu, hands-on sistem Eswis v2.0 dikendalikan oleh Puan Shazwani binti Che Mohamed dan pasukannya.
Bengkel ini dapat memberi kefahaman berhubungan peranan industri dalam pemahaman Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005.
#JabatanAlamSekitar
#KementerianSumberAsliDanKelestarianAlam
#AlamSekitarTanggungjawabBersama
#KESMA2025