Penerangan
4 SEPTEMBER 2025, MELAKA - Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka telah berjaya melaksanakan dua (2) bengkel promosi dan libat urus bagi Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) dan Kampus Lestari Anugerah Alam Sekitar (KLAAS) peringkat negeri Melaka sempena sambutan Hari Ozon Sedunia yang bertemakan “From Science to Global Action” pada 3 September 2025 bertempat di Grand Swiss Bell-Hotel Melaka.
Bengkel SLAAS dihadiri peserta daripada wakil guru-guru sekolah rendah dan menengah sekitar daerah Melaka Tengah, Jasin dan Alor Gajah. Bagi bengkel KLAAS pula, peserta daripada wakil pensyarah-pensyarah universiti, kolej, politeknik dan lain-lain kampus sekitar negeri Melaka.
Promosi SLAAS ini diadakan bagi memberi pendedahan dan maklumat berkaitan konsep, penilaian, dokumentasi serta pendaftaran secara online dalam sistem MYSLAAS.
Promosi KLAAS pula bertindak sebagai alat penyokong pembentukan Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) Lestari di Malaysia.
Selain itu, satu perkongsian amalan lestari juga disampaikan oleh Encik Muhamad Jais bin Gimin, Politeknik Merlimau, Melaka.
Jabatan ini menyeru pihak-pihak yang terlibat untuk menyertai kedua-dua anugerah ini kerana bumi ini adalah amanah yang perlu dijaga dan dilestarikan untuk generasi akan datang.
#KementerianSumberAsliDanKelestarianAlam
#JabatanAlamSekitar
#jasnegerimelaka
#AlamSekitarTanggungjawabBersama