Penerangan
9 September 2025, Borneo Royale Hotel, Tawau
-YBrs. Puan Nor Rashidah binti Mohd Ghazali telah hadir sebagai tetamu kehormat bagi merasmikan program Seminar Pengurusan Buangan Terjadual & Sesi Hands-on eSWIS V2 anjuran Kelab JASAba dengan kerjasama JAS Cawangan Tawau yang diadakan di Borneo Royale Hotel, Tawau, Sabah. Seminar ini telah dihadiri seramai 233 orang peserta daripada pelbagai latar belakang industri dan 11 pempamer daripada pelbagai syarikat berkaitan pengurusan alam sekitar.
10 September 2025, KKS Tamaco Oil Mill Sdn Bhd (Mill 1), Lahad Datu
-Hari berikutnya, YBrs. Puan Pengarah telah mengadakan lawatan kerja ke kilang kelapa sawit, Tamaco Oil Mill Sdn Bhd (Mill 1) bersama pegawai-pegawai JAS Cawangan Tawau. KKS ini merupakan kilang yang memenangi Anugerah Pematuhan Kilang Kelapa Sawit Terbaik di Negeri Sabah sebanyak dua (2) kali bagi tempoh 5 tahun.
11 September 2025, Kawasan Perindustrian POIC, Lahad Datu
-Seterusnya, YBrs. Puan Pengarah telah mengadakan lawatan ke kawasan perindustrian POIC dan kunjungan hormat ke Pejabat Pelabuhan POIC Lahad Datu bersama pegawai-pegawai JAS Cawangan Tawau. POIC merupakan satu-satunya kawasan perindustrian berskala besar yang di bawah penguatkuasaan JAS Tawau. Lawatan merangkumi ke kawasan POIC Container Terminal, Fasa 3B sekitar kawasan POIC, Fasa 1, 2 & 3, POIC Liquid Bulk Terminal, Fasa 1 dan POIC Dry Bulk Terminal, Fasa 2.
12 September 2025, Pejabat JAS Cawangan Tawau, Wisma Persekutuan Tawau
-Di hari terakhir, YBrs. Puan Pengarah turut mengadakan lawatan dan kunjungan ke Pejabat JAS Cawangan Tawau yang baru yang terletak di Tingkat 7, Wisma Persekutuan Tawau. Semua kakitangan JAS Cawangan Tawau sempat beramah mesra dan mengadakan perbincangan bersama Puan Pengarah semasa sesi kupi-kupi bersama beliau.
Sekalung penghargaan & terima kasih kepada YBrs. Puan Pengarah kerana sudi meluangkan masa berkunjung & mengadakan lawatan kerja ke daerah Tawau & Lahad Datu