Penerangan
Satu lawatan kerja telah diadakan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Kedah ke Cawangan Perkhidmatan Makmal, Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Negeri Perak yang terletak di Ipoh. Lawatan ini diketuai oleh Pengarah JAS Kedah, Puan Sharifah Zakiah Syed Sahab, dan turut disertai oleh Ketua Penolong Pengarah (Pembangunan), Encik Mohd Nazri Ramli, serta wakil daripada Unit Proses EIA dan JAS Cawangan Kulim.
Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan kepada para pegawai JAS Kedah mengenai teknologi terkini yang digunakan dalam bidang persampelan geologi serta peralatan makmal yang berperanan penting dalam menjalankan ujikaji berkaitan mineral.
Lawatan kerja ini bukan sahaja memperkukuh hubungan antara JAS dan JMG, malah memberi nilai tambah kepada usaha meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan undang-undang alam sekitar. Ia juga mencerminkan komitmen JAS Kedah dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan demi memastikan alam sekitar kekal terpelihara dalam arus pembangunan negara yang semakin pesat.
JAS Kedah akan terus komited untuk menjalankan tugas dengan penuh integriti dan profesionalisme, selaras dengan aspirasi NRES untuk mencapai pembangunan mampan dan kelestarian alam sekitar bagi generasi masa depan.
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jaskedah
#alamsekitartanggungjawabbersama