PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti

PENGHARGAAN KEPADA SEMUA PIHAK BERKEPENTINGAN DALAM PEMBANGUNAN INDUSTRI KEDAH

jefri 10/09/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PENGHARGAAN KEPADA SEMUA PIHAK BERKEPENTINGAN DALAM PEMBANGUNAN INDUSTRI KEDAH
Tahun
2025
Organisasi
FMM Kedah/Perlis
Lokasi
Sungai Petani, Kedah

Penerangan

Majlis Unity Night anjuran FMM Kedah/Perlis telah berlangsung meriah pada 11 Julai 2025 di Sungai Petani, Kedah. Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan terhadap sumbangan pelbagai pihak dalam memajukan sektor industri, khususnya di negeri Kedah dan Perlis. Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah, Puan Sharifah Zakiah binti Syed Sahab juga telah dijemput bagi memeriahkan majlis tersebut. YB Prof. Dr. Haim Hilman bin Abdullah selaku Pengerusi Jawatankuasa Industri & Pelaburan, Pengajian Tinggi dan Sains, Teknologi & Inovasi, telah hadir mewakili YAB Menteri Besar Kedah. Majlis Unity Night ini bukan sekadar acara sosial, tetapi berperanan sebagai platform penting untuk meraikan kejayaan bersama dan menghargai usaha gigih yang ditunjukkan oleh usahawan, pemimpin industri, tenaga kerja, dan agensi berkaitan dalam menghadapi cabaran ekonomi serta peraturan yang sentiasa berubah. Ia juga bertujuan mengukuhkan lagi semangat kerjasama antara kerajaan negeri, agensi pelaburan seperti MITI, MIDA dan NCIA, serta FMM dalam memastikan pembangunan yang seimbang dan inklusif. Diharapkan kerjasama erat antara semua pihak akan terus diperkukuh bagi menjamin pembangunan yang mampan, dengan memberi perhatian terhadap pemeliharaan alam sekitar. Usaha ini selaras dengan slogan Jabatan Alam Sekitar, "Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama." #NRES #jabatanalamsekitar #jaskedah #alamsekitartanggungjawabbersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan