PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Kesedaran

PAMERAN ALAM SEKITAR SEMPENA PROGRAM HARI AIR DAN ALAM SEKITAR PERINGKAT PARLIMEN POKOK SENA, DAERAH KOTA SETAR, KEDAH DARUL AMAN

jefri 11/09/2025 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PAMERAN ALAM SEKITAR SEMPENA PROGRAM HARI AIR DAN ALAM SEKITAR PERINGKAT PARLIMEN POKOK SENA, DAERAH KOTA SETAR, KEDAH DARUL AMAN
Tahun
2025
Organisasi
Pejabat Exco Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar Negeri Kedah
Lokasi
Masjid Jame' Al-Ehsan, Sg Mati, Langgar, Pokok Sena.

Penerangan

Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Kedah telah bersama-sama memeriahkan dan menjayakan Program Hari Air dan Alam Sekitar Peringkat Parlimen Pokok Sena, Kedah. Program tersebut telah diadakan di Masjid Jame' Al-Ehsan, Sg Mati, Langgar, Pokok Sena. Program ini dianjurkan oleh Pejabat Exco Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar Negeri Kedah dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan persekutuan dan negeri serta pihak berkuasa tempatan. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Dato' Haji Mohammad Yusof @ Munir bin Zakaria, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar Negeri Kedah. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan seperti fun walk sambil bergotong-royong, pemeriksaan kesihatan percuma, pameran agensi, pertandingan mewarna, pertandingan membuat kerabu, gerai jualan, kaunter kitar semula, cabutan bertuah, sukaneka, pertandingan memancing, kuliah maghrib dan forum perdana. Kehadiran pengunjung dan penduduk setempat telah memeriahkan suasana program ini. YB Dato' Exco turut dibawa melawat reruai pameran JAS. Aktiviti pendaftaran Rakan Alam Sekitar dan permainan mini untuk kanak-kanak turut diadakan bagi menarik minat golongan muda serta komuniti setempat untuk berkunjung ke ruang pameran JAS. Program seperti ini dapat memberi kesedaran tentang kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar kepada masyarakat, khususnya di Negeri Kedah, selaras dengan tema JAS “Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama” dan hasrat Kerajaan Negeri iaitu “Kedah Sejahtera Lestari Bersama”. JAS Negeri Kedah merakamkan jutaan terima kasih kepada YB Dato' Haji Mohammad Yusof @ Munir bin Zakaria atas sokongan dalam menjayakan program ini demi menjaga kesejahteraan alam sekitar. #NRES #jabatanalamsekitar #jaskedah #alamsekitartanggungjawabbersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan