PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti

KUNJUNGAN PEGAWAI KHAS KEPADA YB DATUK SERI JOHARI BIN ABDUL GHANI, KE JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI KEDAH

jefri 11/09/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
KUNJUNGAN PEGAWAI KHAS KEPADA YB DATUK SERI JOHARI BIN ABDUL GHANI, KE JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI KEDAH
Tahun
2025
Organisasi
JAS Kedah
Lokasi
JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI KEDAH

Penerangan

Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah berbesar hati menerima kunjungan Datuk Hj Abdul Muthalib bin Harun, Pegawai Khas kepada YB Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani, Menteri Perladangan dan Komoditi merangkap Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam ke JAS Kedah. Kunjungan tersebut adalah bagi membincangkan cadangan kerjasama terutamanya program kesedaran alam sekitar yang akan dilaksanakan di peringkat komuniti khususnya di Negeri Kedah sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) pada bulan Oktober nanti. Datuk Hj Abdul Muthalib juga telah dibawa melawat Galeri Alam Sekitar JAS Kedah yang menempatkan koleksi gambar program dan aktiviti penguatkuasaan. JAS Kedah mengucapkan jutaan terima kasih kepada beliau yang telah meluangkan masa berkunjung ke Jabatan ini pada hari ini. #NRES #jabatanalamsekitar #jaskedah #alamsekitartanggungjawabbersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan