PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Kesedaran

PROGRAM KOMUNITI PENCEGAHAN PEMBAKARAN TERBUKA TAHUN 2025 SEMPENA HARI OZON SEDUNIA

maizah 11/09/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM KOMUNITI PENCEGAHAN PEMBAKARAN TERBUKA TAHUN 2025 SEMPENA HARI OZON SEDUNIA
Tahun
2025
Organisasi
jas perak
Lokasi
simpang pulai

Penerangan

PROGRAM KOMUNITI PENCEGAHAN PEMBAKARAN TERBUKA TAHUN 2025 SEMPENA HARI OZON SEDUNIA 27 Ogos 2025, Ipoh - Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak dengan kerjasama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kg. Serdang Permai telah menganjurkan Program Komuniti Pencegahan Pembakaran Terbuka. yang diadakan di Dewan Kg. Serdang Permai. Program ini telah dirasmikan oleh YBrs. Dato’ Ts. Dr. Hj. Mohammad Ezanni Bin Mat Salleh, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak. Hadir sama adalah Hj Salim b. Muhammad mewakili Penghulu Mukim Sg Raya dan Tuan Hazizi Bin Esa Timbalan Pengarah (Bahagian Operasi) JAS Perak. Pelbagai aktiviti menarik dijalankan iaitu ceramah Larangan Pembakaran Terbuka yang telah disampaikan oleh Tuan Mohd Jamali Bin Abdul Majid, pameran alam sekitar, Kempen dan pengumpulan sisa-sisa elektrik dan elektronik (ewaste). Pertandingan Kutip Sampah Sambil Beriadah (KUDAH) telah berlangsung dengan peserta seramai 100 orang penduduk kampung agar memberi manfaat dan kebaikan iaitu: 1. meningkatkan kesedaran terhadap kebersihan di sekitar kawasan kampung. 2. Memupuk tanggungjawab sosial dalam kalangan penduduk kampung. 3. Menggalakkan gaya hidup sihat dan aktif bagi penduduk kampung. JAS Perak mengucapkan setinggi penghargaan kepada pihak Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Penduduk Kg. Serdang Permai, Kelas Pembangunan Insan Serdang Permai, pihak Masjid Sayyidina Al-Khattab Serdang Permai dan semua pihak yang terlibat dalam usaha mewujudkan kesedaran pemeliharaan alam sekitar di kalangan penduduk kampung bagi menjayakan program ini. #NRES #hariozonsedunia2025 #Beatplasticpollution #jabatanalamsekitar #jasperak_ogos2025 #Harialamsekitarsedunia #alamsekitartanggungjawabbersama #perakbumilestari

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan