PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti

LAWATAN NFCC KE PREMIS-PREMIS DALAM SITAAN JAS KEDAH

jefri 11/09/2025 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
LAWATAN NFCC KE PREMIS-PREMIS DALAM SITAAN JAS KEDAH
Tahun
2025
Organisasi
JAS Kedah
Lokasi
NFCC di daerah Kulim dan daerah Sungai Petani.

Penerangan

Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah (JAS) bersama Pusat Pencegahan Jenayah Nasional, Jabatan Perdana Menteri (NFCC), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Cawangan Khas E5, Ibu Pejabat Kontinjen Polis Negeri Kedah (IPK) telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke premis-premis yang telah dikenakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) di bawah Seksyen 38(1), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 semasa Ops Hazard 2.0 yang dijalankan pada 17 Julai 2025 di daerah Kulim dan daerah Sungai Petani. Turut hadir adalah Puan Pengarah JAS Kedah iaitu Puan Sharifah Zakiah Binti Syed Sahab bersama-sama dengan pegawai-pegawai JAS Alor Setar, JAS Cawangan Kulim dan JAS Cawangan Sungai Petani. JAS KEDAH mengucapkan terima kasih kepada pihak NFCC, RELA dan IPK di atas kesudian mengadakan lawatan ke atas premis-premis tersebut. #NRES #jabatanalamsekitar #jaskedah #alamsekitartanggungjawabbersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan