PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti

KUNJUNGAN HORMAT JAS KEDAH KE ATAS PENGERUSI SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

jefri 11/09/2025 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
KUNJUNGAN HORMAT JAS KEDAH KE ATAS PENGERUSI SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM
Tahun
2025
Organisasi
JAS Kedah
Lokasi
SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM, Putrajaya

Penerangan

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Kedah, Puan Sharifah Zakiah binti Syed Sahab, telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YBhg. Dato’ Seri Dr Ahmad Jailani bin Mohamed Yunus, Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Malaysia di Putrajaya. Turut hadir dalam sesi tersebut ialah Ketua Penolong Pengarah (Pembangunan) JAS Kedah, Encik Mohd Nazri bin Ramli bersama beberapa pegawai kanan jabatan. Kunjungan ini bertujuan menyampaikan hasrat JAS Kedah untuk menganjurkan sebuah seminar khas kepada penjawat awam di negeri Kedah pada bulan Oktober sempena Sambutan Hari Ozon Sedunia 2025. Seminar tersebut akan menampilkan Bicara Eksekutif bertajuk “Peranan ESG dalam Pembangunan Negara serta Perlindungan Alam Sekitar” dan pihak JAS Kedah berbesar hati menjemput YBhg. Dato’ Seri Pengerusi SPA sebagai penceramah utama. Puan Pengarah JAS Kedah turut merakamkan penghargaan kepada YBhg. Dato’ Seri atas kesudian menerima kunjungan hormat ini dan berharap kerjasama ini dapat diteruskan demi melestarikan alam sekitar serta meningkatkan kesedaran warga penjawat awam terhadap agenda kelestarian negara. #NRES #jabatanalamsekitar #jaskedah #alamsekitartanggungjawabbersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan