Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- BENGKEL PROMOSI SEKOLAH LESTARI ANUGERAH ALAM SEKITAR (SLAAS) PERINGKAT NEGERI KEDAH TAHUN 2025
- Tahun
- 2025
- Organisasi
- JAS Kedah
- Lokasi
- Pusat Penyelidikan Langkawi, UKM
- Diskripsi
- Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah telah berjaya mengadakan Bengkel Promosi Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar Peringkat Negeri Kedah Tahun 2025 pada 20 Ogos 2025 di Pusat Penyelidikan Langkawi, UKM.
Bengkel tersebut telah disempurnakan oleh Encik Mohd Rosli bin Mohd Nor Ketua Cawangan JAS Langkawi yang mewakili Puan Pengarah JAS Kedah.
Penganjuran bengkel tersebut adalah dengan kerjasama erat Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah bersama-sama Jabatan Pendidikan Negeri Kedah dan Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL-UKM).
Tujuan pelaksanaan bengkel ini adalah untuk mempromosi pelaksanaan program SLAAS bagi kitaran yang ke-10 untuk sesi 2025/2026. Seramai 50 orang guru yang mewakili Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah telah menghadiri bengkel tersebut. Para guru telah diberi pendedahan berkaitan latar belakang, kaedah pelaksanaan dan penilaian program SLAAS serta sesi hands on penggunaan sistem aplikasi MySLAAS.
Peserta bengkel juga mendaftar sebagai Rakan Alam Sekitar (RAS) dan turut dibawa ke galeri pameran Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL-UKM) yang mengetengahkan hasil penyelidikan dari aspek Langkawi UNESCO Global Geopark.
Semoga perkongsian dan pendedahan tersebut dapat memberi pencerahan berkaitan kaedah pelaksanaan program SLAAS dan mengalakkan lebih banyak penyertaan daripada sekolah-sekolah di Negeri Kedah .
Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada pihak JPN dan semua sekolah yang terlibat serta sekalung penghargaan kepada Encik Nik Mohd Noor Faizul, Pengurus PPL dalam menjayakan bengkel tersebut.
Layari portal SLAAS di https://slaas.doe.gov.my/ untuk maklumat lanjut.
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jaskedah
#alamsekitartanggungjawabbersama