PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti

LAWATAN TEKNIKAL PROJEK WASTE HEAT RECOVERY POWER GENERATION PLANT DI KEDAH CEMENT SDN BHD, LANGKAWI KEDAH

jefri 11/09/2025 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
LAWATAN TEKNIKAL PROJEK WASTE HEAT RECOVERY POWER GENERATION PLANT DI KEDAH CEMENT SDN BHD, LANGKAWI KEDAH
Tahun
2025
Organisasi
KEDAH CEMENT SDN BHD
Lokasi
KEDAH CEMENT SDN BHD, LANGKAWI KEDAH

Penerangan

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Kedah, Puan Sharifah Zakiah Syed Sahab, turut disertai oleh Ketua Penolong Pengarah Encik Nazri Ramli, serta JAS Cawangan Langkawi telah mengadakan lawatan teknikal ke tapak cadangan Projek Waste Heat Recovery Power Generation Plant di Kedah Cement Sdn. Bhd., Langkawi. Lawatan turut disertai oleh beberapa pegawai dari IPK (E5) Kedah dan IPD Langkawi. Lawatan ini bertujuan untuk meninjau lokasi pembinaan awal bagi projek tenaga boleh baharu yang dirancang untuk menggunakan teknologi “waste heat recovery” (WHR) – satu inisiatif ke arah kecekapan tenaga dan pengurangan pelepasan karbon dalam sektor perindustrian. Sepanjang lawatan, pihak Kedah Cement telah memberikan taklimat ringkas mengenai skop projek, perancangan teknikal serta jangkaan pelaksanaan sistem WHR ini. Tapak cadangan juga telah dilawati bagi melihat kesediaan awal dari sudut kelulusan, keperluan pematuhan alam sekitar serta aspek teknikal lain yang berkaitan. JAS Kedah menyambut baik komitmen industri dalam merancang projek teknologi hijau dan akan terus bekerjasama serta memberi panduan teknikal bagi memastikan pematuhan terhadap undang-undang alam sekitar dipatuhi sepenuhnya sebelum projek dilaksanakan. #NRES #jabatanalamsekitar #jaskedah #alamsekitartanggungjawabbersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan