PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti

LAWATAN KERJA PENGARAH JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI KEDAH KE LUNAS SHIPYARD SDN BHD

jefri 11/09/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
LAWATAN KERJA PENGARAH JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI KEDAH KE LUNAS SHIPYARD SDN BHD
Tahun
2025
Organisasi
LUNAS SHIPYARD SDN BHD
Lokasi
LUNAS SHIPYARD SDN BHD, Langkawi, Kedah

Penerangan

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Kedah, Puan Sharifah Zakiah Syed Sahab bersama Encik Mohd Nazri bin Ramli selaku Ketua Pen. Pengarah bersama-sama Encik Mohd Rosli bin Mohd Nor, Ketua Cawangan JAS Langkawi dan pegawai JAS Langkawi telah mengadakan lawatan kerja ke Lunas Langkawi Shipyard Sdn. Bhd. Lawatan ini bertujuan meninjau operasi di limbungan kapal serta menilai tahap pematuhan terhadap peraturan dan standard alam sekitar yang ditetapkan. Lawatan turut disertai oleh pegawai-pegawai dari IPK (E5) Kedah dan IPD Langkawi. Selain sesi lawatan, pihak syarikat turut berkongsi maklumat berkaitan amalan pengurusan sisa dan kawalan pencemaran yang dilaksanakan di premis. Perbincangan turut memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan kerjasama antara pihak industri dan JAS dalam memastikan kelestarian alam sekitar terus terpelihara. JAS Kedah sentiasa komited untuk bekerjasama dengan pihak industri dalam memastikan pembangunan dapat dilaksanakan seiring dengan pemeliharaan alam sekitar demi kesejahteraan bersama. #nres #jabatanalamsekitar #jaskedah #alamsekitartanggungjawabbersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan