PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti

KUNJUNGAN HORMAT LEMBAGA GETAH Malaysia (LGM) KE JAS KEDAH

jefri 11/09/2025 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
KUNJUNGAN HORMAT LEMBAGA GETAH Malaysia (LGM) KE JAS KEDAH
Tahun
2025
Organisasi
JAS KEDAH
Lokasi
Jabatan Alam Sekitar,Alor Setar,Kedah

Penerangan

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Kedah, Puan Sharifah Zakiah binti Syed Sahab telah menerima kunjung hormat daripada Ketua Unit Inspektorat dan Penguatkuasaan Lembaga Getah Malaysia, Encik Mohd Azafi bin Kee Mohd Idris bersama-sama lapan (?? pegawai yang lain. Semasa kunjung hormat tersebut, Puan Pengarah telah ditaklimatkan berkenaan bidang kuasa LGM berdasarkan Akta Lembaga Getah Malaysia (Perbadanan) 1996 (Akta 551). Selain itu juga, turut dibentangkan mengenai isu-isu berkaitan aduan pencemaran alam sekitar yang melibatkan sektor penghasilan dan pemprosesan getah yang diterima oleh pihak LGM sepanjang tahun 2024 dan 2025. Selain itu, turut dibincangkan berkenaan jalinan kerjasama di antara dua hala bagi bersama-sama untuk meningkatkan kesedaran terhadap alam sekitar di kalangan pemain industri di Negeri Kedah. #NRES #jabatanalamsekitar #jaskedah #alamsekitartanggungjawabbersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan