Penerangan
27 Ogos 2025 | Pulau Pinang, Dewan Sekolah Tingkatan Enam (Prauniversiti) Desa Murni
Telah berlangsung Program Sekolah Hijau dengan pengisian ceramah bertajuk “Kesedaran Berkaitan Sisa Peralatan Elektrik dan Elektronik (E-Waste)” yang disampaikan oleh wakil dari Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang, iaitu Puan Nor Hashikin Binti Hasan dari Unit Pendidikan dan Pengawasan.
Ceramah ini mendapat sambutan yang sangat baik dengan kehadiran seramai 385 orang pelajar Semester 1 dan 3 yang turut sama memberi perhatian dan berkongsi pandangan berkaitan isu pencemaran daripada buangan elektrik dan elektronik.
Program ini bertujuan meningkatkan kefahaman serta kesedaran pelajar terhadap kepentingan menguruskan e-waste dengan betul agar dapat melindungi alam sekitar daripada kesan pencemaran yang berbahaya.
Tahniah dan terima kasih kepada pihak sekolah atas inisiatif penganjuran program ini serta kepada semua pelajar yang hadir dengan penuh semangat! Semoga ilmu yang diperoleh dapat diamalkan dalam kehidupan seharian demi kelestarian alam sekitar.
#SekolahHijau
#JASPulauPinang
#EWasteAwareness
#CintaiAlamSekitar