PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti

KUNJUNGAN HORMAT TUAN PENGARAH JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SEMBILAN KE FAKULTI SAINS PENTADBIRAN DAN PENGAJIAN POLISI (FSPPP), UITM SEREMBAN 3, NEGERI SEMBILAN

nisah 10/09/2025 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
KUNJUNGAN HORMAT TUAN PENGARAH JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SEMBILAN KE FAKULTI SAINS PENTADBIRAN DAN PENGAJIAN POLISI (FSPPP), UITM SEREMBAN 3, NEGERI SEMBILAN
Tahun
2025
Organisasi
UITM SEREMBAN 3, NEGERI SEMBILAN
Lokasi
SEREMBAN

Penerangan

26 Ogos 2025, Seremban - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan dalam usaha untuk mengembangkan jalinan perhubungan antara agensi-agensi kerajaan di dalam Negeri Sembilan. Sehubungan dengan itu, Tuan Pengarah JAS Negeri Sembilan telah mengatur satu (1) perjumpaan kunjungan hormat ke Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi (FSPPP), UiTM Seremban 3 Negeri Sembilan untuk membentuk jalinan perhubungan dengan institut pengajian tinggi awam (IPTA) di dalam Negeri Sembilan. Usaha ini adalah untuk menyediakan medium mempereratkan hubungan antara agensi selain daripada membuka pintu kepada perbincangan kerjasama strategik dalam melestarikan pemuliharaan alam sekitar khususnya. Selain daripada itu, jalinan perhubungan ini juga penting dalam memastikan graduan mempunyai kemahiran relevan dengan pasaran dan untuk mempromosikan program-program institusi kepada pelbagai agensi kerajaan.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan