PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti

PROGRAM RAKAN ALAM SEKITAR ANJURAN JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SEMBILAN DENGAN KERJASAMA KELAB SENAMROBIK SIHAT HARMONI NEGERI SEMBILAN TAHUN 2025

nisah 10/09/2025 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM RAKAN ALAM SEKITAR ANJURAN JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SEMBILAN DENGAN KERJASAMA KELAB SENAMROBIK SIHAT HARMONI NEGERI SEMBILAN TAHUN 2025
Tahun
2025
Organisasi
JAS NEGERI SEMBILAN
Lokasi
KUALA PILAH

Penerangan

23 Ogos 2025, Kuala Pilah – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan telah menganjurkan Program Rakan Alam Sekitar (RAS) JAS Negeri Sembilan dengan Kerjasama Senamrobik Sihat Harmoni Negeri Sembilan Tahun 2025 bertempat di Taman Eko Rimba, Uu Bendul, Kuala Pilah. Program ini disertai seramai 100 orang ahli yang sedia ada berdaftar sebagai rakan alam sekitar JAS Negeri Sembilan daripada pelbagai lapian umur. Program ini merangkumi aktiviti eco-robic, pemantauan kualiti air sungai menggunakan YSI, aktiviti mewarna bertemakan cintai alam sekitar dan aktiviti mengutip sampah (KUDAH). Asas kewujudan program-program yang dianjurkan oleh RAS ialah inisiatif kerajaan dalam meningkatkan kesedaran dan memobilisasi masyarakat dalam aktiviti pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar. Program-program ini juga bertindak sebagai “mata dan telinga” masyarakat untuk membantu agensi kerajaan membanteras aktiviti pencemaran alam sekitar melalui penglihatan sukarela dalam memupuk amalan lestari.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan