Penerangan
21 Ogos 2025, Seremban – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan bersama-sama Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi (FSPPP), UiTM Seremban 3 Negeri Sembilan telah mengadakan pertemuan bagi membincangkan perancangan pelaksanaan Sambutan Hari Ozon Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2025.
Mesyuarat membincangkan berkaitan kerjasama dan pengagihan tugas bagi kedua-dua pihak bagi melaksanakan sambutan tersebut. JAS Negeri Sembilan mengemukakan usul untuk membuat sambutan tersebut didalam Kawasan UiTM Seremban 3. Antara program yang dicadangkan ialah eco treasure hunt, enviro integrity run, booth pendaftaran rakan alam sekitar (RAS), program pengumpulan e-waste dan minyak masak terpakai, pamern akedemiak BEVA, aktiviti keusahawanan (greenpreneur), one minute talk competition, pertandingan mewarna, dan pameran pelbagai agensi.