PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti,Program Kesedaran

Program Karnival Sustainability Education & Eco Discovery (Seed) Grow With ESD 2025

hashikin 10/09/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Program Karnival Sustainability Education & Eco Discovery (Seed) Grow With ESD 2025
Tahun
2025
Organisasi
SJKC Chong Teik, Pulau Pinang
Lokasi
Pulau Pinang

Penerangan

Program Karnival Sustainability Education & Eco Discovery (Seed) Grow With ESD 2025 9 Ogos 2025, Pulau Pinang – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang telah dijemput sebagai salah satu pempamer dalam Program Karnival Sustainability Education & Eco Discovery (SEED) Grow With ESD 2025 yang dianjurkan oleh SJKC Chong Teik, Pulau Pinang. Program ini telah dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti pertandingan inovasi, pameran STEM, jualan produk tempatan, serta pertandingan-pertandingan melibatkan komuniti setempat. Antara agensi kerajaan yang turut serta sebagai pempamer termasuk Perbadanan Bekalan Air (PBA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dan Klinik Pergigian. Penyertaan JAS Pulau Pinang dalam program ini telah memberikan peluang kepada masyarakat untuk memahami dengan lebih mendalam peranan jabatan dalam pemeliharaan alam sekitar serta meningkatkan kesedaran awam mengenai kepentingan kelestarian. Program seperti ini diharapkan dapat terus dianjurkan pada masa hadapan demi melahirkan generasi yang lebih prihatin terhadap alam sekitar selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan