PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti,Program Kesedaran

JAS Pulau Pinang Sebagai Pempamer di Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan ke 68 Negeri Pulau Pinang

hashikin 10/09/2025 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
JAS Pulau Pinang Sebagai Pempamer di Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan ke 68 Negeri Pulau Pinang
Tahun
2025
Organisasi
Kerajaan Negeri Pulau Pinang
Lokasi
BATU KAWAN, PULAU PINANG

Penerangan

JAS Pulau Pinang Sebagai Pempamer di Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan ke 68 Negeri Pulau Pinang 31 OGOS 2025, BATU KAWAN : JAS Pulau Pinang terlibat sebagai pempamer di Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan ke 68 Negeri Pulau Pinang pada hari ini. Sambutan pada hari ini dimulakan dengan acara perbarisan dan perarakan yang cukup meriah dengan semangat jiwa merdeka para peserta dari pelbagai latar belakang menyemarakkan lagi majlis penuh gilang- gemilang pada hari ini. Pengarah JAS Pulau Pinang turut sama hadir memeriahkan majlis sambutan pada hari ini. JAS Pulau Pinang mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan Negeri Pulau Pinang kerana sentiasa memberi peluang dan ruang kepada JAS Pulau Pinang untuk turut sama memeriahkan majlis rasmi anjuran negeri Pulau Pinang. Malaysia MADANI : Rakyat Disantuni Selamat Hari Kemerdekaan ke 68!

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan