Penerangan
OPS GERAK AMBANG MERDEKA BERSAMA POLIS DIRAJA MALAYSIA, IBU PEJABAT KONTINJEN (IPK) NEGERI PULAU PINANG
30 - 31 OGOS 2025, PULAU PINANG- Pasukan Unit Kenderaan Bermotor Jabatan Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang telah menjalankan Operasi (Ops) Gerak Ambang Merdeka di Jambatan Pulau Pinang dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Negeri Pulau Pinang. Operasi penguatkuasaan ini melibatkan pelbagai agensi seperti Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Pulau Pinang dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan Negeri Pulau Pinang.
Pemeriksaan pematuhan ke atas 123 buah motosikal di bawah Peraturan- Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Bunyi Bising Kenderaan Motor) 1987 mendapati 26 buah motosikal telah disaring bagi ujian bunyi menggunakan meter. Susulan daripada itu, JAS Pulau Pinang telah mengambil tindakan penguatkuasaan dengan mengeluarkan 20 Notis Arahan di bawah Seksyen 48A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan 19 tawaran kompaun di bawah Peraturan 4, Peraturan- Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Bunyi Bising Kenderaan Motor) 1987.
Para pemilik dan penunggang motosikal diingatkan supaya sentiasa memastikan motosikal diselenggara dan berada dalam keadaan yang baik serta mematuhi Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Bunyi Bising Kenderaan Bermotor) 1987, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.