PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

OPERASI BERSEPADU PELEPASAN ASAP HITAM DARI KENDERAAN DIESEL BERSAMA POLIS DIRAJA MALAYSIA.

hashikin 10/09/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPERASI BERSEPADU PELEPASAN ASAP HITAM DARI KENDERAAN DIESEL BERSAMA POLIS DIRAJA MALAYSIA.
Tahun
2025
Organisasi
Jabatan Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bahagian Siasatan & Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya
Lokasi
Pulau Pinang

Penerangan

OPERASI BERSEPADU PELEPASAN ASAP HITAM DARI KENDERAAN DIESEL BERSAMA POLIS DIRAJA MALAYSIA. 29 OGOS 2025, PULAU PINANG - Jabatan Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bahagian Siasatan & Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya telah melaksanakan Operasi Bersepadu bagi pelepasan asap hitam daripada kenderaan diesel bertempat di Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu, Pulau Pinang. Seramai 8 orang penguatkuasa JAS Pulau Pinang terlibat di dalam operasi ini. Sebanyak 135 pemerhatian visual telah dijalankan ke atas pelbagai jenis kenderaan berenjin diesel. 21 buah kenderaan yang disaring telah menjalani ujian meter. Tindakan penguatkuasaan mendapati lima (5) kompaun telah dikeluarkan atas kesalahan melepaskan asap hitam melebihi had dibenarkan di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996, manakala lapan (8) Notis Arahan di bawah Seksyen 48A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 turut dikeluarkan kepada pemilik kenderaan yang terlibat bagi menjalani ujian semula di Puspakom. Selain itu sebuah (1) kenderaan juga turut dikenakan Perintah Larangan di bawah akta yang sama. Pemilik kenderaan berenjin diesel adalah diingatkan supaya sentiasa memastikan kenderaan diselenggara secara berkala bagi memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik bagi mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan