Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PROGRAM RERUAI FIESTA RAKAN MUDA X LEMBAYUNG KEMERDEKAAN UNIVERSITI POLY-TECH MALAYSIA
- Tahun
- 2025
- Organisasi
- Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM)
- Lokasi
- Pelajar Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM)
Penerangan
30 OGOS 2025, WP KUALA LUMPUR – Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAS WPKL) telah dijemput oleh Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) untuk bersama menjayakan Program Reruai Fiesta Rakan Muda x Lembayung Kemerdekaan yang telah berlangsung di perkarangan UPTM.
Program ini merupakan salah satu kerjasama antara UPTM dan pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk menggalakan penglibatan warga belia khususnya untuk lebih bergiat aktif dalam aktiviti riadah dan sukan di samping meningkatkan semangat patriotik seiring dengan sambutan sempena bulan kemerdekaan.
Sepanjang program berlangsung, JAS WPKL telah mengadakan pameran kesedaran alam sekitar serta aktiviti pendaftaran untuk menjadi Rakan Alam Sekitar sebagai usaha untuk mendidik komuniti setempat mengenai kepentingan menjaga alam sekitar dan pengurusan sisa buangan yang lebih bertanggungjawab.
Penyertaan aktif pelbagai agensi dan NGO, beserta sambutan yang menggalakkan daripada komuniti UPTM dan warga setempat jelas menunjukkan komitmen bersama dalam memperkukuh semangat kerjasama dan keprihatinan komuniti dalam menjaga alam sekitar.