Penerangan
29 OGOS 2025, MELAKA - Program Rakan Alam Sekitar (RAS) anjuran Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka dengan kerjasama rakan strategik, Possehl Electronics (Malaysia) Sdn.Bhd. telah berjaya diadakan pada hari ini bertempat di Melaka Riverfront.
Pelbagai aktiviti diadakan bersama peserta yang terdiri daripada kakitangan Possehl Electronics (M) Sdn Bhd, pelajar dan tenaga pengajar daripada PLP Skill Institute dan tidak lupa juga warga JAS Melaka. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah seperti ceramah kesedaran alam sekitar, kutipan sampah sambil beriadah (KUDAH), penanaman dua (2) pokok Merawan Siput Jantan di lokasi program dan permainan yang bermotifkan kesedaran alam sekitar. Dalam pada itu, sesi penyerahan plaque baju rakan alam sekitar (RAS) kepada Rakan Strategik juga turut diadakan.
Baju rakan alam sekitar (RAS) yang digunakan kali ini merupakan baju baharu dengan tema yang lebih segar dan pertama kalinya dipakai di Malaysia untuk program-program Communication, educational and Public Awareness (CEPA) yang dianjurkan oleh Jabatan Alam Sekitar.
Jabatan ini juga mengalu-alukan kepada semua pihak yang mendokong usaha memulihara alam sekitar untuk berkolabrasi dengan JAS dalam aktiviti melibatkan rakan alam sekitar (RAS).
#jabatanalamsekitar
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jasnegerimelaka