PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti,Program Kesedaran

PROGRAM CERAMAH SEKOLAH LESTARI ANUGERAH ALAM SEKITAR (SLAAS)

shayuti 04/09/2025 3 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM CERAMAH SEKOLAH LESTARI ANUGERAH ALAM SEKITAR (SLAAS)
Tahun
2025

Penerangan

2 September 2025 - SK Sungai Lada, W.P. Labuan (SKSLWPL) telah menganjurkan Program Ceramah Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) bersempena Hari Ozon Sedunia 2025 bertempat di bilik mesyuarat sekolah dengan penyertaan 30 orang guru. Puan Nurul Asikin Binti Mohd Yusof@Daud, Pegawai Kawalan Alam Sekitar dari Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Labuan, telah menyampaikan ceramah berkaitan kepentingan pemeliharaan alam sekitar, konsep sekolah lestari serta usaha bagaimana melindungi lapisan ozon. Melalui program ini, guru-guru mendapat pendedahan mengenai amalan hijau yang boleh diterapkan dalam pengajaran dan pengurusan sekolah. Program ini diharap dapat menyemarakkan kesedaran warga sekolah terhadap kelestarian alam sekitar serta menyokong hasrat SKSWPL ke arah pencapaian Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar. #NRES #jabatanalamsekitar #jaswplabuan #alamsekitartanggungjawabbersama #jaswplabuan_sept_2025

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan