PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar

LAWATAN TAPAK KETUA PENGARAH ALAM SEKITAR KE LOKASI CADANGAN TAPAK PEMBINAAN PEJABAT JAS NEGERI TERENGGANU

rashidb 03/09/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
LAWATAN TAPAK KETUA PENGARAH ALAM SEKITAR KE LOKASI CADANGAN TAPAK PEMBINAAN PEJABAT JAS NEGERI TERENGGANU
Organisasi
JAS NEGERI TERENGGANU
Lokasi
JAS NEGERI TERENGGANU

Penerangan

LAWATAN TAPAK KETUA PENGARAH ALAM SEKITAR KE LOKASI CADANGAN TAPAK PEMBINAAN PEJABAT JAS NEGERI TERENGGANU Ketua Pengarah Alam Sekitar, Dato’ Wan Abdul Latiff Wan Jaffar bersama Pengarah JAS Negeri Terengganu, Encik Hamzah Mohamad hari ini turun padang meninjau tapak cadangan pembinaan pejabat baharu Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu. Cadangan pembinaan pejabat ini adalah sebahagian daripada usaha JAS untuk menyediakan kemudahan yang lebih kondusif kepada pegawai dan kakitangan dalam melaksanakan tugasan seharian. Bangunan baharu yang dirancang bukan sahaja akan menampilkan reka bentuk moden dan mesra alam, malah turut dilengkapi dengan prasarana lengkap untuk menyokong kecekapan kerja serta pengurusan organisasi. Selain itu, pejabat ini juga akan menyediakan ruang khas untuk penempatan bahan kes yang lebih sistematik serta kemudahan mesra pelanggan bagi memperkukuh mutu penyampaian perkhidmatan JAS kepada masyarakat. Langkah ini mencerminkan iltizam berterusan JAS dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan, di samping memastikan suasana kerja yang lebih selesa, profesional dan seiring dengan aspirasi kerajaan dalam memperkukuh tadbir urus alam sekitar negara.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan