PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti,Program Penguatkuasaan

LATIHAN MELAWAN TUMPAHAN MINYAK (EX-TAMBAN) 2025 19-20 OGOS

rashidb 03/09/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
LATIHAN MELAWAN TUMPAHAN MINYAK (EX-TAMBAN) 2025 19-20 OGOS
Tahun
2025
Organisasi
BAHAGIAN AIR MARIN
Lokasi
KERTEH, TERENGGANU

Penerangan

LATIHAN MELAWAN TUMPAHAN MINYAK (EX-TAMBAN) 2025 19-20 OGOS Jabatan Alam Sekitar (JAS) terus komited memastikan tatakelola kawalan pencemaran minyak dipatuhi oleh semua pihak bagi meminimumkan impak terhadap alam sekitar serta memperkukuh koordinasi apabila berlakunya krisis. Bagi merealisasikan komitmen ini, Latihan Melawan Tumpahan Minyak (Ex-Tamban) yang dianjurkan secara berkala bersama pihak industri dan agensi kerajaan telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Wan Abdul Latiff bin Wan Jaffar, Ketua Pengarah Alam Sekitar Malaysia dengan diiringi Encik Mohamed Mursyidie Mohamed Ali, Pengurus Besar MPM PETRONAS di Kerteh Port, Terengganu. Turut hadir dalam majlis ini ialah Timbalan Pengarah Jabatan Laut Wilayah Timur, En. Mohamad Halizam bin Samsuri,Country Manager Jadestone Energy, Encik Fauzi Abbas dan HSEA Manager, Enquest En. Vikneswaran Munusamy. Menariknya, latihan yang berjalan selama dua hari daripada 19-20 Ogos 2025 dan melibatkan seramai 150 orang peserta daripada pelbagai Jabatan dan Agensi, kali ini turut menampilkan penggunaan teknologi moden termasuk kecerdasan buatan (AI) sebagai medium simulasi, selain pengoperasian aset Oil Spill Equipment daripada PIMMAG yang digerakkan melalui field deployment di laut. Latihan Ex-Tamban turut menekankan kepentingan koordinasi dan komunikasi antara semua agensi terlibat. Sepanjang tiga hari penganjuran, beberapa pelan tindakan telah diuji keberkesanannya, termasuk: • Oil Spill Response Plan (OSRP) oleh EnQuest dan Jadestone, • Malaysia Oil Spill Contingency Plan (MOSCoP), dan • Mekanisme Request for Government Assistance for Oil Spill Response (Tier 1 & 2 Industry). JAS juga terus komited melalui beberapa siri bengkel dan simulasi untuk memperkukuhkan sistem penyampaian dengan melatih pegawai-pegawai daripada JAS negeri dalam meningkatkan keupayaan respons, dan turut menjadi platform perkongsian kepakaran, teknologi, sistem kawalan dan kaedah komunikasi yang lebih teratur antara semua pihak. Kejayaan Ex-Tamban jelas menunjukkan bahawa komitmen dan kerjasama menyeluruh adalah kunci utama, bukan sahaja ketika latihan dijalankan malah lebih kritikal apabila berdepan insiden sebenar. Usaha ini sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 14: Memulihara dan Menggunakan Secara Lestari Lautan, Laut serta Sumber Marin.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan