PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti

SESI KOLOKIUM BERKAITAN INISIATIF PERSEKITARAN BERKUALITI (QE) 5.0 OLEH PERBADANAN PRODUKTIVITI MALAYSIA (MPC)

normuhamad 02/09/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SESI KOLOKIUM BERKAITAN INISIATIF PERSEKITARAN BERKUALITI (QE) 5.0 OLEH PERBADANAN PRODUKTIVITI MALAYSIA (MPC)
Tahun
2025
Organisasi
JAS SELANGOR
Lokasi
SHAH ALAM

Penerangan

25 Ogos 2025, Shah Alam – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor dengan Kerjasama Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) telah mengadakan satu sesi kolokium berkaitan Inisiatif Persekitaran Berkualiti (QE). Kolokium tersebut telah dipengerusikan oleh Tuan Mohd Faizul Hilmi Bin Zulkifli, Timbalan Pengarah, JAS Negeri Selangor. Sesi taklimat kolokium tersebut telah disampaikan oleh En. Mokhzani Aris Bin Mohd Yusoff, Timbalan Pengarah, Seksyen Pembangunan dan Pelaksanaan QE 5.0, Perbandanan Produktiviti Malaysia (MPC). Inisiatif QE adalah merupakan satu inisiatif yang telah dibangunkan oleh Perbandanan Produktiviti Malaysia (MPC) bertujuan untuk meningkatkan produktiviti, kelestarian dan daya saing sektor awam dan swasta di Malaysia melalui penerapan prinsip pengurusan terbaik dan amalan kelestarian. Semoga sesi kolokium tersebut dapat meningkatkan pengetahuan pegawai JAS berkaitian inisiatif QE yang sedang diketengahkan oleh MPC, menambaikbaik produktiviti jabatan dan mempersiapsiagakan jabatan ke aras pelaksanaan QE dalam sektor industri.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan