- Tajuk
- KUNJUNGAN HORMAT YBRS. PENGARAH JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SELANGOR KEPADA YBHG. CP. DATO’ KETUA POLIS SELANGOR
- Tahun
- 2025
- Organisasi
- JAS SELANGOR
- Lokasi
- SHAH ALAM
- Diskripsi
- 27 Ogos 2025, Shah Alam – YBrs. Tuan Haji Wandi Yadzid Bin Haji Yaakob, Pengarah JAS Negeri Selangor telah mengadakan kunjungan hormat kepada YBhg. CP Dato’ Pahlawan Shazeli bin Dato’ Kahar di Pejabat Rasmi Ketua Polis Selangor, Shah Alam, Selangor.
Sesi kunjungan hormat tersebut telah membincangkan kerjasama dan isu-isu berkaitan alam sekitar di Negeri Selangor. Sesi kunjungan hormat tersebut juga telah turut dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan JAS Negeri Selangor iaitu Puan Fenny Wong Nyuk Yin, Timbalan Pengarah (Pembangunan), Tuan Mohd Faizul Hilmi Bin Zulkifli, Timbalan Pengarah (Operasi 1) dan Puan Che Rohaida Binti Che Ngah, Ketua Penolong Pengarah (Operasi 2).
Semoga sesi kunjungan hormat tersebut dapat memantapkan komunikasi dan mengukuhkan kerjasama strategik antara JAS dan PDRM dalam membanteras isu jenayah khususnya berkaitan alam sekitar di Negeri Selangor.