PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Kesedaran

PAMERAN ALAM SEKITAR SEMPENA PROGRAM INTERNATIONAL INNOVATION ANG INVENTION COMPETITION THROUGH EXHIBITION 2025 (iCompEx’25)

jefri 31/08/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PAMERAN ALAM SEKITAR SEMPENA PROGRAM INTERNATIONAL INNOVATION ANG INVENTION COMPETITION THROUGH EXHIBITION 2025 (iCompEx’25)
Tahun
2025
Organisasi
Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzim Shah dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia
Lokasi
Dewan Sri Mas, Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzim Shah (POLIMAS), Jitra, Kedah

Penerangan

Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Kedah telah dijemput untuk menyertai aktiviti pameran bersempena Program International Innovation And Invention Competition Through Exhibition 2025 (iCompEx’25). Program tersebut telah bermula pada 12 Ogos 2025 sehingga 14 Ogos 2025 dan berlangsung di Dewan Sri Mas, Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzim Shah (POLIMAS), Jitra, Kedah. Program ini dianjurkan oleh Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzim Shah dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud dengan diiringi oleh Ketua Pengarah Politeknik dan Kolej Komuniti dan Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia. Aktiviti Pameran Agensi yang diadakan telah disertai oleh JAS Negeri Kedah, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Pusat Sains Negara, UKM, Arkib Negara Malaysia dan Drone Tech Imaging (DTT). Semasa aktiviti pameran, JAS Kedah telah menyediakan alatan Realiti Maya (VR) bagi memberi pengalaman interaktif kepada pengunjung, di samping membuka kaunter pendaftaran ahli Rakan Alam Sekitar (RAS) untuk menggalakkan penyertaan pelajar dalam usaha memelihara dan memulihara alam sekitar. Program ini menjadi platform kepada pelajar seluruh negara untuk mempamerkan inovasi kreatif dan berdaya saing, di samping memberi ruang kepada JAS Negeri Kedah menyampaikan mesej kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Selaras dengan tema “Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama”. JAS Negeri Kedah merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak penganjur dan menghargai sokongan penganjur dalam memperkukuh kesedaran alam sekitar melalui program ini. #NRES #jabatanalamsekitar #jaskedah #alamsekitartanggungjawabbersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan